10 Mei 2011

Budak Parah Dalam Nahas dilanggar Lagi Supaya Mati

7 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



BEIJING: Polis wilayah Fujian menahan seorang pemandu yang membunuh seorang kanak-kanak yang sebelum itu dilanggarnya secara tidak sengaja, lapor media tempatan, semalam.

Kejadian Sabtu lalu berlaku di depan mata orang ramai yang terkejut menyaksikan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu.

Akhbar Global Times melaporkan, lelaki terbabit terlanggar seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan kereta dipandunya, menyebabkan mangsa cedera parah.

Akhbar itu melaporkan, saksi melihat lelaki terbabit kemudian berpatah balik dan melanggar mangsa sekali lagi.

Budak itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian.

Saksi berkata, mangsa mati selepas dia dilanggar dengan tayar depan sebelah kanan suspek.

Bulan lalu, seorang penuntut muzik berusia 21 tahun, Yao Jiaxin, dihukum mati selepas dia mengaku melanggar seorang penunggang basikal sebelum menikam mangsa hingga mati.

Yao berkata, mangsa enggan bekerjasama dengannya selepas cedera dilanggar.

Sebelum itu, seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan kerana melanggar seorang peminta sedekah di tepi jalan di Chongqing. Ketika disoal siasat, pemuda itu berkata, dia tidak fikir kematian peminta sedekah itu akan dipedulikan sesiapa. Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya terhadap standard moral pengguna jalan raya di China ketika negara itu menikmati perkembangan ekonomi rancak untuk tahun ke-30. 

AFP

Tiada ulasan: