07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Hafizi Pauzi.
PARIT BUNTAR, 9 Mei : "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak kebenaran," demikian ungkapan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang yang coba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan semuanya benar , sedangkan bagi saya ini tidak lebih dari usaha menipu rakyat untuk menarik sokongan kepada BN. Demikian penegasan Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham lim semasa ditemui disini pagi ini.
Shafie Apdal menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Dato’ seri Anwar Ibrahim adalah bersalah terhadap tuduhan ketika beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa era beliau.
“Pemimpin BN ini ternyata masih tidak serik dengan usaha berbohong terhadap rakyat Malaysia , pembohongan sebegini tidak sepatutnya berlaku di era maklumat dan persaingan langit terbuika dengan banyak media alternatif yang menjadi pilihan rakyat , maka rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini, katanya .
“Kenyataan Shafie saya lihat tidak lain dari usaha menyakinkan rakyat mengenai pelbagai isu dan fitnah yang timbul yang ternyatra ditolak oleh rakyat” katanya lagi.
Dalam pada itu, YB khalil yang juga Ketua Penerangan Pas Perak menempelak kenyaataan Shafie Apdal bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.
“Ini kenyataan yang sangat cetek, pemimpin yang cetek pemikiran tidak layak berada di kerusi untuk memimpin rakyat,” katanya.
“Tidak hairanlah mengapa negara mundur disegenap lapisan dan sudut kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diterajui oleh individu yang mempunyai daya fikir yang lemah seperti beliau ,” jelasnya.
“Kenyataan sebegini bukan sahaja telah menggambarkan pimpinan BN ini sebagai individu yang cetek maklumat sebenar, bahkan lemah dalam kekuatan ilmu kerana kayu ukur hilang jawatan digambarkan sebagai tidak diredhai Allah swt adalah hujjah yang sangat lemah dan tidak relevan,” katanya.
“Rakyat perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat untuk berdepan dengan kerajaan yang cuba menjadikan rakyatnya selemah umno BN untuk terus diperdaya sebagai bekalan PRU 13,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan