10 Mei 2011

Qazaf: Syarahan Dr Wahbah Az Zuhaily 14 Mei

07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 10 Mei: Cendekiawan Islam dari Syria, Dr Wahbah Az Zuhaily (gambar) akan menyampaikan syarahan bertajuk ‘Sumpah dan Qazaf’ di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada 14 Mei ini.

Beliau yang dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H akan mengupas tajuk berkenaan pada majlis yang berlangsung jam 2.30 hingga 4.30 petang itu.

Program tersebut adalah anjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sehubungan itu, PUM dalam satu kenyataan menjemput orang ramai hadir majlis syarahan berkenaan bagi memahami isu sumpah dan qazaf.

Dr Wahbah mempunyai penglibatan dan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam dan umat Islam.

Beliau yang juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.

Karya Dr Wahbah menjadi rujukan umat Islam di dunia antaranya yang tersohor di Malaysia adalah Kitab Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Syariah Wa Al-Minhaj dan Kitab Fiqh Perundangan Islam.

Wawasan beliau sangatlah tinggi, mahu melihat ajaran al- Quran dan Sunnah terus bertebar di muka bumi.

Justeru itu, beliau menginfaqkan sepenuhnya diri beliau untuk kemajuan Islam.

Harakahdaily

2 ulasan:

Abu Hasan Chan berkata...

Dr Wahzah az-Zuhaili sekadar bersyarah darihal hukum QAZAF tapi UMNO tidak akan pakai hukum itu kerana tidak relevan dengan Malaysia.

AZREN berkata...

BUKAN UMNO SAHAJA..PAS PUN APE KURANGNYA..MACAM MANA PULAK DNGN SUMPAH RAJA PETRA PASAL NAJIB & ALTANTUYA..TUDUHAN ROGOL RAIS YATIM..DAN MACAM2 LAGI...TAKDE PULAK TIMBUL PASAL QAZAF NI..

APA LA NAK JADI ISLAM HARI INI...BILA TIME DIRI SENDIRI SENYAP..TAPI BILA ORANG LAIN BUKAN MAIN LAGI..