07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 10 MEI : - Utusan Malaysia sekali lagi menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Ketua Pembangkang itu menggunakan perkataan kesat “pandi kutty" terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada satu ceramah di Klang Sabtu lalu.
Rakaman ceramah itu oleh TvSelangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik kotor politik yang digunakan untuk menjatuhkan beliau.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menyifatkan Umno sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.
Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang :
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty".
Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.
"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” kata Anwar di ceramah itu.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .
Malah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom prahaid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”
Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.
Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.
Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.
Antara yang mengecam akhbar itu adalah Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Presidennya Hatta Wahari bekerja di Utusan tetapi dipecat minggu lalu kerana didakwa bertindak melanggar kepentingan syarikat.
Tv Selangor/-
3 ulasan:
sape-sape yang keje kat utusan meloya baik beghenti cepat
wahai kaum pekerja utusan yang tak mau terlibat dengan kejahatan utusan malaysia baik cari keje lain atau beghenti saja
mrk2 ni semua tiap2 hari mendapat saham dosa utk bekalan di pdg mahsyar nanti di sana baru mrk menyesal tp apalah guna jika menyesal di sana krn dah terlambat negara akan makmur jikas PR memerintah nanti InsyaAllah berjaya.
Catat Ulasan