07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harga gula naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa hari.
Kenaikan yang di kambing hitamkan dengan alasan "standard" penyelarasan subsidi itu dikatakan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
namun persoalan besar, kemanakah wang rakyat sebanyak itu hendak digunakan. Adakah untuk piliharaya umum ke 13 ? atau untuk apa lagi?
Perubahan harga runcit tersebut didakwa adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Makanya saya yakin selagi Bn memerintah rakyat Malaysia masih berpeluang untuk menghadapi resiko kenaikan harga barang perlu itu.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
1 ulasan:
Hooray.......Kerajaan UMNO BN sungguh perihatin kesihatan rakyat. Harga gula naik untuk kurangkan gejala kencing manis dikalangan rakyat.
Lepas ni, harga RON95 naik RM 2.10 untuk galakan rakyat berbasikal. Tingkatkan senaman aerobik kerana poco poco haram.
Catat Ulasan