11 Julai 2011

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya

8 Syaaban 1432H. [MOD] -

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau beginilah keadaannya kebiadapan polis dan umno eloklah ahli-ahli amno beramai-ramai keluar dari bawah tempurung umno bagi menegakkan keadilan bersama-sama pejuang bersih dan pakatan rakyat,jangan sampai kepala ahli umno pula dipijak oleh pemimpin mereka kelak.

Tanpa Nama berkata...

ahli2 umno x kan keluar punya lah tamby nanti miss soreh, ini sudah miss kalu apa mcm mahu makan...hehe..jgn lupa polis yg melanggar tu memang ikut nafsu jadi mrk wajib dibicarakan memang rakyat dah muak tp yg ganas mengatasi yg baik, kesian yg berkhidmt dgn baik dan professional dpt nama yg buruk di sbbkan mrk yg x baik tadi. jadi sdatu siasatan yg rapi dibuat segera utk mendakwa yg bersalah, dgn tindakan polis ni rakyat bertambah benci dgn kerajaan eluk juga ia sebagai satu elemen utk memenangi PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

Laknat Allah kepada pemandu land rover berkenaan dan sesiapa yg mengarahnya berbuat demikian. Hancor B-END

Aku berkata...

Saya difahamkan bukan land rover pulak, tapi waja.. mana satu yang betoi ni?