8 Syaaban 1432H. [MOD] -
Peristiwa hitam dan pahit menyelubungi Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 kelmarin, 9 Julai. Walaupun diasak hampir sebulan melalui media massa tunggangan kerajaan zalim Barisan Nasional (BN) bahawa BERSIH 2.0 tidak bersih serta dibantu oleh pihak polis yang setiap masa menggugut serta dilihat cuba menakutkan semua penyokong gerakan itu dengan harapan perhimpunan semalam tidak mendapat sambutan, amat meleset sekali apabila dianggarkan hampir 50 ribu perserta perhimpunan berjaya membolosi hampir semua 30 sekatan jalan masuk ke pusat bandar Kuala Lumpur.
Jika tidak kerana tangkapan demi tangkapan di stesyen LRT, Monorail, dan KTMB serta tangkapan yang dibuat ketika cuba melalui sekatan jalan itu, dianggarkan beratus ribu lagi penyokong Bersih 2.0 akan bersama-sama dengan kumpulan utama berarak ke Stadium Merdeka untuk menyerahkan memorandum 8 tuntutan BERSIH 2.0 itu kepada wakil Istana.
120 NGO antarabangsa serta SUHAKAM mengutuk tindakan zalim kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada peserta pehimpunan AMAN itu kerana dilihat jelas melanggar hak asasi manusia serta perlembagaan negara.
Tindakan yang diibaratkan MEROGOL kebebasan bersuara serta MENGHERET nilai-nilai kemanusiaan ke tahap yang lebih rendah dan hina dari binatang itu jelas dapat dilihat ketika perarakan itu khususnya tindakan pihak FRU yang melepaskan gas pemedih mata dari jarak bahaya sehingga dikatakan oleh peserta-peserta lain sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kematian suami kepada Ketua Wanita KEADILAN Setia Wangsa,
Allahyarham Baharudin Ahmad yang gugur syahid hanya kerana ingin menuntut keadilan yang sama rata dalam proses pilihanraya negara serta ingin menyuburkan demokrasi demi masa hadapan keseluruhan generasi Rakyat Malaysia. Hasil bedah siasat HKL yang tidak rasmi juga mendapati 4 tulang rusuk Allahyarham patah. Tambahan pula 2 peserta lain perhimpunan Aman itu juga dikatakan masih di ICU Hospital Kuala Lumpur dan nasib mereka masih tidak diketahui.
Malah komentar-komentar yang penuh emosi dan menyayat hati itu dari peserta-peserta yang dibebaskan malam kelmarin daripada tahanan di PULAPOL khususnya tindakan rakus dan kejam pihak FRU ke atas peserta wanita tidak dapat dijangkau oleh akal manusia yang waras.
Mereka diheret dengan tangan terikat dan digari dengan kasar serta ditolak dengan paksa seperti binatang-binatang ke kenderaan Polis tanpa langsung ingin melayani rintihan mangsa-mangsa untuk dilonggarkan ikatan tangan.
Dengan cortar-cortar mereka yang menyinggahi anggota badan peserta dan juga kaki mereka yang tidak henti menendang serta ada juga leher peserta yang diikat dan ditarik dengan bendera Malaysia yang dirampas cukup jelas satu kezaliman yang ternyata mirip tindakan ganas Polis Rahsia negara Komunis RUSIA iaitu GESTAPO.
Siapakah yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa memerintah?
Malah tindakan ala-samseng pihak peronda POLIS yang melanggar motorsikal yang ditunggangi Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu hanya kerana ingin menahan beliau dilihat cukup tidak bertamadun, biadap dan bacul.
Tidak cukup dengan semua itu, hampir 8 gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak FRU di dalam terowong pejalan kaki yang tertutup di KL Sentral di mana pemimpin utama BERSIH 2.0 berada walaupun tidak ada elemen provokasi langsung daripada pihak penganjur.
Adakah ini cubaan membunuh?
Yakinlah, Tsunami BERSIH 2.0 akan bertiup kencang di seluruh negara kerana tindakan drakonian pihak pemerintah yang zalim kepada peserta-peserta BERSIH 2.0 khususnya tindakan zalim kepada 60 NGO-NGO dan parti politik yang menyokong tuntutan BERSIH itu demi masa hadapan seluruh Rakyat Malaysia.
Saya meninggalkan perkarangan PULAPOL kelmarin dengan satu tangisan kerana mengenangkan seorang wanita yang terpaksa berdiri sambil mendukung bayi kecilnya di dalam kenderaan Polis. Walaupun beliau terpaksa melalui semua itu, terukir satu senyuman penuh semangat seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan.
Ini hanyalah permulaan kepada segalanya. Umno dan Kerajaan Zalim Barisan Nasional (BN) kini sudah berada di penghujung usia. Rakyat Malaysia akan menamatkannya.
Wallahua’lam.
2 ulasan:
Allah akan membalas kekejaman polis dan fru...kami mohon padaMu Ya Allah..samada segera atau lambat,dunia atau akhirat,kekejaman mereka ini dibalas...setiap anggota polis dan fru yg terlibat melakukan kezaliman tersebut kami mohon agar diberi balasan setimpal..Ya Allah,Tuhan yg Maha Adil...kau beri mereka rasa apa yg dirasai oleh mereka2 yg dizalimi..kau beratkan seksaan disaat kematian mereka ya Allah..kau sempitkan kehidupan mereka,kau pecahkan hati2 mereka..Ya Muntaqim...
jangan kita salahkan polis... mereka pun manusia biasa... mereka ada keluarga... mereka juga ingin berehat bersama keluarga... Apabila terjadinya perkara sebegini, mereka terpaksa berkawal 24 jam supaya keadaan tidak bertambah buruk. Bukan saje polis-polis itu hanya polis Kuala Lumpur, malah polis-polis itu di datangkan dari seluruh pelosok tanah air. Jika kita berada di tempat mereka, sebagai insan biasa, kesabaran yang ada batasnya, mungkin kita lagi teruk dari mereka. Mereka berbuat begitu kerana sudah di war-warkan di akhbar supaya orang ramai tidak mengikuti demonstrasi tersebut. Yang DiPertuan Agong dan Sultan Selangor juga memberi peringatan. Tetapi kenapa kita melanggarnya? Sedarkah kita semua bahawa ini adalah konspirasi Barat melalui Datuk Ambiga dan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia menjadi duruk di mata dunia. Kita lebih menghormati mereka ini dari Seri paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Sultan. Jadi tidak guna kita menyanyikan lagu negaraku semasa perhimpunan tersebut. Janganlah lagi kita diperbodohkan oleh mereka di pihak pembangkang yang hanya pandai menabur janji. Kalau pilihanraya negara ini tidak adil dan tidak mempunyai kejujuran, masakan pihak pembangkang mampu memenangi 5 negeri di dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dan beberapa kerusi di dalam pilihanraya kecil? Tidakkah kita boleh memikirkannya? Lebih baik pihak SPR beri 100% kemenangan kepada kerajaan. Itu pun kita tak boleh berfikir? Jika Allah subhanahuwataala memang mengizinkan dan membenarkan negara ini dikuasai pembangkang, insyaAllah... Tetap akan dikuasai pembangkang. Tapi jika Allah subhanahuwataala masih mengizinkan Kerajaan yang ada sekarang ni berkuasa, itu semua adalah ketentuannya. Jadi tak perlulah kita sibuk-sibuk setiap minggu mengadakan ceramah di pelusuk negara. mencaci, mencerca pemimpin negara. Bukankah diam itu lebih baik dari berkata-kata? Marilah sama-sama kita renungkan. Saya tidak menyebelahi mana2 pihak dalam hal ini. Tetapi saya adalah rakyat Malaysia yang tak mahu negara saya di pandang hina oleh negara lain dan difikirkan tidak selamat sehingga mereka akan takut untuk melabur di dalam negara ini yang akhirnya akan merugikan negara kita sendiri. Marilah kita sama-sama renungkan. Fikirkan dan semoga Allah subhanahuwataala memberi kita petunjuk. Janganlah kita menang bersorak tapi negara tergadai. Saat itu, menangis airmata darah sekalipun tidak berguna. Maka akan sengsaralah anak cucu kita. Sekian. yang baik datangnya dari Allah subhanahuwataala dan kesilapan adalah datang dari diri saya sendiri.
Catat Ulasan