01 Ogos 2011

PAS tampil ke hadapan rakyat untuk menuju ke arah Negara berkebajikan

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Dr Hatta bersama rombongan PAS Miri melawat salah sebuah pondok yang masih dalam proses pembinaan

Lawatan Dr Mohd Hatta Ramli Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bersama rombogan PAS Miri baru-baru ini ke Kampung Tukau Usaha Jaya untuk bertemu dengan salah seorang penghuni yang mana pondok barunya yang masih dalam pembinaan perlu sedikit bantuan dari orang ramai. Dengan keadaan pondoknya yang serba kekurangan beliau terpaksa berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah pondok baru untuk memberi keselesaan dari kena hujan dan panas. Beliau terpaksa bekerja sendiri dan kadang-kadang memohon bantuan rakannya untuk menyiapkan pondok baru tersebut. Beliau pernah memohon bantuan dari badan kebajikan dan juga baitulmal tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada sebarang bantuan dari pihak tersebut.

Walaupun keadaan jalan masih lagi teruk dan tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih dengan sokongan orang ramai dan juga PAS Miri dapatlah beliau membina pondok baru beliau dalam keadaan yang serba kekurangan. Menjelang ramadhan dan bulan syawal yang akan tiba beliau sangat berharap agar ada pihak-pihak yang berwajib dapat memberi bantuan bulanan agar dapat mengurang bebanan yang beliau tanggung selama ini. Beliau hanya bekerja kampong seperti bercucuk tanam dan memotong rumput dalam kawasan kampong tersebut.


Dr Hatta bersama YDP PAS Miri dengan penghuni rumah yang serba daif tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik (masih menggunakan generator)

Sebuah lagi keluarga yang rombongan PAS Miri kunjungi sudah pun tinggal di situ belasan tahun tetapi masih lagi hidup dalam keadaan kemiskinan disebabkan tanah yang mereka diami sekarang kemungkinan akan di ambil oleh sebuah syarikat kroni yang memerintah. Walaupun menurut penduduk tersebut tanah yang mereka diami sekarang adalah tanah NCR tetapi dengan adanya sambungan bekalan elektri ke kawasan perumahan mereka bukan bermakna pihak kerajaan sudah memberi kemudahan asas kepada penduduk dalam kampong tersebut tetapi lebih bersifat sementara.

Bila-bila masa saja tanah tersebut akan dirampas oleh syarikat yang mempunyai kepentingan dalam kawasan tersebut untuk membina projek perumahan atau projek kelapa sawit. Sekiranya perkara ini terjadi di kemudian hari sudah pasti keluarga yang tinggal di dalam kampong tersebut akan hidup lebih menderita lagi sebab sekarang hampir semua tanah-tanah di Sarawak dimiliki oleh syarikat-syarikta yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah. Orang kampong yang sudah tinggal bertahun-tahun di kawasan tersebut memohon tanah yang bergeran susah untuk mendapatkannya sedangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan mudah memiliki tanah orang kampong yang sudah lama meneroka tanah tersebut dari datuk nenek mereka dahulu. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sarawak sekarang. PAS sungguh simpati dengan keadaan yang menimpa nasib penduduk yang tersebut di atas.

Di mana slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan?” PAS dengan konsep menuju ke arah Negara berkebajikan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan yang tertindas ini. Walaupun PAS masih belum memerintah sepenuhnya tetapi usaha ke arah Negara bekebajikan tetap diberi ke utamaan kepada semua masyarakat tanpa mengira golongan bangsa dan agama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana gambarnya sheh?