01 Ogos 2011

Kapal terbang bawa 140 penumpang terhempas di Guyana

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kapal terbang syarikat Caribbean Airlines yang dalam perjalanan dari New York terhempas dan terbelah dua ketika mendarat di Guyana ketika membawa 140 penumpang semalam menyebabkan beberapa orang cedera tetapi tiada kematian.

Presiden Bharrat Jagdeo berkata, pesawat Boeing 737-800 tersasar ketika pendaratan di landasan sepanjang 2,200-meter Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan International sewaktu hujan.

Beliau berkata, pesawat berkenaan nyaris terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter yang mungkin boleh menyebabkan banyak kematian.

"Kami bersyukur, amat bersyukur kerana tidak ramai yang cedera," katanya ketika pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan dan menyebabkan ratusan penumpang terkandas serta banyak penerbangan tertangguh. - AP

Tiada ulasan: