01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS MIRI
Pakatan rakyat Miri yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS telah pun mengadakan mesyuarat baru-baru ini tentang kerjasama yang perlu diperkukuhkan lagi dengan mengadakan aktiviti bersama untuk menghadapi pilihanraya umum yang 13 nanti. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah YB Fong Pau Teck DAP(Pujut), Zulhaidah bt Suboh Timbalan Pengerusi PKR Miri dan juga YDP PAS Miri Jofri Jaraiee.
Dalam perbincangan tersebut turut di sentuh tentang kerusi parlimen Miri dimana mereka sepakat menyerah kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan tertinggi pusat untuk tentukan siapa yang paling layak untuk bertanding dalam parlimen Miri nanti. Pada dasarnya pemimpin Pakatan Rakyat Miri sepakat untuk menerima siapa saja calon yang akan bertanding dalam parlimen Miri sekiranya telah diputuskan oleh pimpinan pusat. Keputusan muktamad hanya akan di ketahui setelah pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di peringkat pusat nanti.
Pakatan Rakyat Miri juga bersetuju memberi bekerjasama penuh dengan calon yang akan dipilih nanti samaada dari DAP,PKR dan PAS. Hanya dengan kerjasama yang erat dan kukuh saja pakatan rakyat Miri dapat mengambil alih kerusi parlimen Miri dari BN.
Apa yang penting sekarang adalah kerjasama yang erat bukan berpecah belah hanya disebabkan merebut sebuah kerusi semuanya akan memusnahkan segala harapan rakyat untuk melihat perubahan yang lebih besar selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak mahu kesilapan berulang seperti pilihan raya umum Sarawak yang lalu dimana akibat perebutan kerusi rakyat hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat Miri ingin membuat suatu sejarah dalam Malaysia yang Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik untuk semua rakyat demi kebajikan masa depan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan