KUALA LUMPUR, 27 Julai: Capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data sebelum ini melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem pengurusan maklumat jelas menunjukkan ada pengundi yang mempunyai 2 tempat malah beberapa tempat mengundi.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, malah paparan berita yang dipetik dari Suara Keadilan pada 24 Julai lalu mendakwa bahawa terdapat lebih 1,600 pengundi yang berusia lebih 100 tahun di Perak.
Menurut beliau, daripada jumlah itu pula, dilaporkan seramai 1,447 orang pengundi warga emas di Perak yang berusia melebihi 100 tahun itu berumur di antara 100 sehingga 109 tahun.
"Adakah benar pengundi warga emas berusia dalam lingkungan itu seramai itu di Perak?
"Kalau dah seramai itu di Perak, bagaimana pula dengan pengundi warga emas yang berusia melebihi 100 tahun di seluruh negara?" soalnya.
Angka tersebut, menurut beliau, tentunya meragukan dan disebabkan keraguan itulah PAS dan Pakatan Rakyat serta Bersih 2.0 mahukan SPR menggunakan dakwat kekal dalam pilihanraya di negara ini.
"Penggunaan sistem biometrik tidak akan menyelesaikan masalah pengundian bertindih. Malah, proses pengesahan melalui sistem itu adalah usaha sia-sia, membazir dan tetap tidak selamat.
"Sebab itulah SPR diminta menimbang 8 cadangan Jawatankuasa Bersih 2.0 yang antara lainnya mendesak SPR menggunakan kaedah dakwat kekal dalam pilihanraya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Namun beliau kesal kerana SPR tetap enggan menerima cadangan itu dan bercadang untuk menggunakan sistem biometrik yang dicadangkan oleh Perdana Menteri.
Cadangan SPR untuk menggunakan sistem bimometrik, katanya, diyakini tetap tidak berkemampuan menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan masalah-masalah lain yang berlaku dalam pilihanraya di negara ini sejak dulu.
Menurutnya, jawapan yang mudah kepada masalah integriti data atau maklumat walaupun melalui aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat yang telah lama digunapakai oleh SPR bukanlah kerana aplikasi itu, tetapi kerana data atau maklumat yang dimasukkan ke dalam pengkalan data.
"Kalau SPR tahu bahawa masalah utama adalah integriti data atau maklumat bukanlah kerana aplikasi capaian teknologi maklumat atau sistem maklumat itu, kenapa sistem biometrik pula yang dicadangkan?" tanya beliau hairan.
Sistem biometrik juga, tegasnya, adalah sebuah aplikasi teknologi maklumat atau sistem maklumat seperti aplikasi yang digunakan sekarang, cuma perbezaannya adalah cadangan baru itu menggunakan ‘hardware’ atau perkakasan serta perisian dan bukan ‘software’ atau perisian semata-mata untuk capaian data atau maklumat pengundi dari pengkalan data seperti yang digunakan hari ini.
Sehubungan itu, beliau amat bimbang dengan fenomena yang berlaku kerana ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah pilihanraya yang tidak bersih dan tidak adil di negara ini, walaupun pihak kerajaan dan SPR telah diberikan pelbagai pandangan dan cadangan yang baik ke arah mengatasinya oleh rakyat negara ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa pada sidang medianya yang diadakan selepas perbincangan dengan para pemimpin PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam telah menegaskan PAS menolak sistem biometrik dan mahu SPR menggunakan kaedah dakwat kekal.
Husam turut menjelaskan, di Selangor sahaja sehingga kini, PAS dengan menggunakan sistem komputer telah mengesan seramai 500 orang pengundian bertindih.
Timbalan Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir ketika berucap pada majlis pelancaran NGO itu di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, turut menyarankan kerajaan menerima cadangan yang baik dari rakyat bagi memperbaiki sistem pilihanraya di negara ini.
Beliau yang juga bekas Menteri Pelancongan berkata, cadangan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO sememangnya satu cadangan yang baik yang patut diterima oleh kerajaan.
"Sekiranya kesemua cadangan yang baik dari rakyat tidak juga diberikan pertimbangan oleh kerajaan dan SPR, tidak ada sebarang alasan lagi bagi pihak kerajaan dan SPR mempertikaikan keraguan rakyat mengenai perjalanan pilihanraya di negara kita yang sememangnya tidak bersih dan tidak adil sejak dulu," tegas beliau. -HD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan