01 Ogos 2011

80 terbunuh dalam pertempuran di Syria

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

AMMAN: Kereta kebal Syria melepaskan tembakan meriam dan mesingan ketika menggempur bandar Hama semalam, menyebabkan 80 orang awam terbunuh, menurut aktivis hak asasi manusia.

Ia adalah antara hari paling buruk dalam penentangan umum terhadap Presiden Bashar al-Assad.

Serangan ke atas Hama, medan pembunuhan beramai-ramai pada 1982 di mana bapa Assad menghancurkan kebangkitan gerakan Islam, bermula pada waktu subuh menjelang Ramadan selepas pihak tentera mengepungnya hampir sebulan.

Penduduk Hama memberitahu Reuters menerusi telefon bahawa kereta kebal dan penembak tepat melepaskan tembakan ke arah kawasan perumahan di mana orang ramai mendirikan sekata bagi menyekat kemaraan tentera.

Agensi berita Syria melaporkan pihak tentera memasuki Hama bagi mengusir kumpulan bersenjata "yang mengganas terhadap rakyat".

Seorang pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Damsyik menyifatkan kenyataan rasmi itu sebagai "mengarut". - Reuters

Tiada ulasan: