01 Ogos 2011

Dulu PATI, kini dah jadi pengundi?

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Antara tuntutan BERSIH 2.0 yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong adalah penggunaan dakwat kekal sebagai tanda bahawa seseorang pegundi itu telah mengundi dan juga pembersihan Daftar Pemilih.

Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan tidak berminat langsung dengan penggunaan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh BERSIH 2.0 itu tetapi mereka lebih berminat dengan penggunaan Sistem Biometrik yang bagi mereka ianya lebih praktikal.

Mungkin kerana jika dibandingkan Sistem Biometrik dan Dakwat Kekal, kos untuk menyediakan prasarana dan peralatan sokongan untuk Sistem tersebut adalah tinggi jadi komisyen yang dijanakan bagi membolehkan system tersebut digunakan juga adalah tinggi..

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan telah memulakan program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin di negara ini mulai 1 Julai lalu.

Objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

Dan tempoh terakhir bagi warga asing untuk mendaftar ialah pada 31 Julai 2011.

Memandangkan sehingga hampir ke tarikh 31 Julai hanya sekitar lebih kurang 300,000 orang PATI yang mendaftar dan ianya jauh tersasar dari sasaran iaitu 2,000,000 orang PATI.

Tanpa memberikan sebarang alasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan proses Pendaftaran Biometrik bagi pekerja asing tersebut telah dilanjutkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Apa yang terlalu penting bagi UMNO/BN dalam hal pendaftaran Pendatang Tanpa Izin ini hingga membuatkan mereka sanggup melanjutkan tempoh akhir pendaftaran tersebut, sedangkan sebelum ini Hishamuddin telah berkata pendaftaran ini akan dapat menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin, di samping menangani jenayah merentas sempadan dengan membendung kegiatan haram termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Tidakkah melanjutkan tempoh pendaftaran ini akan memberikan lebih masa bagi aktiviti jenayah merentas sempadan seperti yang Hishamuddin katakana diatas?

Kelihatan juga ianya lebih penting dari mengistiharkan pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tarikh akhir bagi menyerahkan penyata pendapatan yang menjadi sumber kewangan Negara tidak pernah dilanjutkan sepertimana proses pendaftaran PATI ini dilanjutkan.

Ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, yang mempertikaikan cadangan penggunaan system Biometrik ini berkata penggunaan system ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang," kata Mahfuz.

Samada benar atau tidak dakwaan Mahfuz itu, cuba perhatikan nama-nama yang tersenarai jika nombor-nombor MyKad yang disenaraikan dibawah disemak di SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR..

Nama-nama yang jelas bagi kita adalah nama warga asing yang kini boleh mengundi di kawasan Parlimen Hulu Langat, antaranya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu kaum Cina dan India bertahun2 diberikan Kad Pengenalan merah untok melayakkan mereka mendapat Kad Pengenalan Biru. Sudah puas menanti dan macam2 halangan/temuduga, selepas puluhan tahun barulah mereka diberikan Kad Pengenalan yang berwarna BIRU.Sekarang dengan berada di Malaysia beberapa ketika sahaja golongan PATI sudah disedekahkan dengan hak-hak Warga negara Malaysia. PELIK BIN AJAIB.