01 Ogos 2011

MB Kedah stabil, dirawat di IJN

02 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

1 ulasan:

Cikli berkata...

semoga kembali sihat ustaz