01 Ogos 2011

Ketua PBB gesa Syria tamatkan "keganasan"

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Pemimpin Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon hari ini meminta Presiden Syria, Bashar al-Assad supaya menghentikan keganasan tentera negara itu yang menyebabkan kematian kira-kira 140 orang awam.

Jurucakap PBB berkata, Ban mengutuk keras tindakan Assad yang enggan menunaikan cadangan pemimpin PBB yang disuarakan beberapa minggu lalu.

"Setiausaha Agung amat mengambil berat laporan di Syria bahawa ratusan penunjuk perasaan terbunuh dan cedera di Hama dan bandar lain serta bandaraya seluruh negara berkenaan.

"Beliau mengutuk kekerasan yang dilakukan terhadap orang awam dan meminta kerajaan Syria menghentikan segera tindakan ganas berkenaan," katanya. - AFP

Tiada ulasan: