7 Syawal 1432H. [MOD] -
MEKAH - Penginapan di hotel-hotel dan unit perumahan yang disewa di sekitar Masjidilharam mula merosot 50 peratus pada Selasa lalu.
Kemerosotan itu berlaku ekoran ramai penduduk tempatan dan 40 peratus penganut Islam dari luar negara yang menunaikan umrah dalam bulan Ramadan mulai meninggalkan Mekah.
Mereka mula meninggalkan Mekah ekoran sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di Arab Saudi pada Selasa lalu.
Harga penginapan hotel lima bintang yang menghadap Masjidilharam menurun sebanyak 70 peratus untuk mencecah harga hanya 650 riyal (RM513.79).
Bilik-bilik yang tidak menghadap Masjidilharam kini berharga 500 riyal (RM395.23).
Harga bilik hotel yang terletak jauh dari Masjidilharam berharga di antara 200 riyal (RM158) hingga 400 riyal (RM316.18).
Pengerusi Jawatankuasa Hotel dan Pelancongan di Dewan Perdagangan dan Industri Mekah, Waleed Abu Sabaah menyatakan, harga hotel akan berkurangan secara berperingkat-peringkat untuk mencecah peringkat paling rendah pada pertengahan Syawal ini. - Agensi
1 ulasan:
perniagaan di Mekah tak ikut perniagaan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.
Kebanyakan pemilik bangunan penginapan dan kenderaan menggunakan kaedah yang tak pernah diajar oleh Islam.
Bayangkan harga atau tambang sesebuah kenderaan satu hala dari Mekkah ke Jeddah pada hari kebiasaan hanya RM500 hingga RM1000 saja.satu dan selepas hariraya naik melambung menjadi RM3500 hingga RM7000.
Demikian juga rumah penginapan.
Yang paling malang sekali kebanyakan orang Melayu yang buat umrah dan pulang selepas hariraya puasa tak dapat bawa balik air zam zam atas sebab keangkuhan pihak kuater MAS.
Tanah haram perniagaanya tak pernah beramal dengan ajaran islam, baik baik pengunjung yang menjadi tetamu Allah sehingga ada yang perempuan yang tak tutup aurat ketika beribadat. Lelaki juga demikian.
Catat Ulasan