14 Oktober 2011

Ban sambut baik keputusan Myanmar bebaskan tahanan politik

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini menyambut baik keputusan Myanmar memberi pengampunan kepada kira-kira 200 tahanan politik dan menggesa "pembebasan awal" kira-kira 2,000 tahanan yang masih dipenjara.

Nasib tahanan politik di Myanmar menjadi kebimbangan utama blok barat yang mengenakan sekatan ke atas negara terpencil itu dan pemerintahan rejim berdepan desakan bertalu-talu supaya membebaskan baki tahanan politik selepas pengampunan menyebabkan ramai tahanan penting masih ditahan.

“Ban mengalu-alukan pembebasan itu, setakat ini beberapa tokoh politik sudah dibebaskan. Beliau berharap kerajaan Myanmar akan memastikan proses berkenaan berjaya dengan pembebasan awal semua tahanan politik,” kata jurucakap Ban, Martin Nesirky.

Penulis Zarganar adalah antara tahanan yang dibebaskan. Rejim itu juga dipercayai sudah membebaskan pemimpin terkemuka etnik Shan, Jeneral Hso Ten yang dihukum penjara 106 tahun kerana menderhaka. - AFP

Tiada ulasan: