PAS Miri.
Ramai orang tertanya-tanya samaada projek yang sedang dibina di persimpangan jalan pujut 7 sekarang itu dibina untuk lampu isyarat lalulintas atau jejambat? Kalau dibina sebuah lagi lampu isyarat rasanya tidak begitu sesuai disebabkan jaraknya terlalu dekat dengan lampu isyarat yang menuju ke arah jambatan ke Tudan kecuali jambatan serta jalanraya ke perumahan tersebut dilebarkan menjadi 4 lorong. Adakah ini akan mengurangkan kesesakan lalulintas atau memburukkan lagi keadaan? Kesesakan sudah pasti berlaku pada waktu kemuncak dimana ramai pekerja dan pelajar pergi balik pada waktu tersebut.
Satu lagi persoalan mengapa mesti menebang pokok-pokok di sepanjang jalan Miri – Pujut?
Akibat daripada perancangan yang tidak teliti banyak pokok-pokok terpaksa ditebang dan di musnahkan sepanjang jalan Miri- Pujut semata-mata untuk membuat lampu isyarat lalulintas di simpang Pujut 7. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab menjaga bandaraya Miri merancang dengan teliti sesuatu projek sebelum dilaksanakan kerana ini akan melibatkan kos yang tinggi dan melibatkan masa depan bandaraya Miri. Kita tidak mempertikaikan usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah lalulintas tetapi kalau perancangan tidak dirancang dengan teliti maka berlaku pembaziran wang rakyat.
Kita sudah lama perhatikan kerja-kerja yang dijalankan dalam bandaraya Miri banyak kelemahan dan pembaziran wang rakyat (pembayar cukai) dan disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan pihak tertentu. Kalau pihak yang berkenaan membuat perancangan Bandar jangka panjang sudah pasti perkara begini tidak berlaku atau mungkinkah disebabkan desakan
pihak tertentu maka segala perancangan yang sepatutnya di laksanakan terpaksa diubah. Kalau perkara ini berlaku kita sangat kesal kerana banyak wang rakyat dibazirkan tanpa ikut plan Bandar yang sepatutnya.
Kita mendesak agar pihak yang berkenaan merancang dengan teliti setiap projek yang akan dilaksanakan pada masa akan datang agar tidak berlaku lagi pembaziran wang rakyat dan kenalah belajar dari kesilapan yang lalu agar jangan berulang lagi.
Sekiranya perancangan Bandaraya Miri di rancang dengan teliti dan tersusun ianya akan memberi kesan yang baik untuk penduduk di bandaraya Miri di masa hadapan. Kita rasa pokok-pokok yang ditebang sepanjang jalan Miri – Pujut itu satu pembaziran yang amat besar buat pembayar cukai dan kesannya juga akan mengurangkan kehijauan didalam bandaraya Miri
Pokok-pokok tersebut sudah banyak memberi kesan yang baik untuk kesihatan penduduk di Miri kerana dengan adanya pokok-pokok tersebut dapat menyerap udara kotor dan asap monoxide dari kenderaan.
Kita cadangkan agar bandaraya Miri di tanam dengan lebih banyak tumbuhan hijau agar dapat memberi kesihatan yang baik buat penduduk Miri karena tumbuhan hijau menghasilkan banyak oksigen, dan oksigen merupakan kunci segala kehidupan. PAS menuju ke arah kehijauan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri

Tiada ulasan:
Catat Ulasan