16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SELEPAS Sultan Selangor hanya melahir rasa tersinggung atas kegiatan memurtadkan umat Islam dan memberi tahu tidak ada pendakwaan ke atas sesiapa berhubungan kejadian di gereja Damansara Utama awal Ramdhan lalu, mata Jais kini berpaling bengkeng kepada Bob Lokman pula.
Penghibur itu yang telah menyertai Pas kini dalam perhatian dan tindakan Jais.
Khabarnya Jais telah menahan Bob Lokman semasa bekas seleberiti tv itu mengadakan syarahan agama di sebuah premis di bawah kelolaaan Jais di Hulu Langat Selangor atas alasan Bob Lokman tidak mempunyai tauliah. Ekoran itu Jais akan mengadakan soal siasat lanjut terhadap Bob Lokman.
Bob Lokman bagaimana pun memutuskan tidak akan hadir ke pejabat Jais. Disebabkan ketegasan Bob Lokman itu Jais katanya akan memohon waran untuk tangkap Bob Lokman. Bob Lokman pula seperti mana dilaporkan portal berita hari ini mengatakan dia tidak akan ke pejabat Jais dan sedia untuk ditangkap oleh Jais.
Kita tidak faham dengan tindak tanduk Jais terhadap Bob Lokman ini. Apakah ia mencari isu baru untuk melepaskan isu sebelum ini di mana kegagalan mendakwa mana-mana pihak berhubung kejadian di gereja itu? Kegagalan Jais mengheret mereka yang dikatakan memurtadkan umat Islam di gereja itu tempoh hari memalukan. Orang mempersoalkan di mana kredibiliti Jais yang seolah-olah macam kambing bercongek ekor sebelum hujan turun.
Atau pun Jais hanya berani bertindak terhadap ikan bilis tetapi kecut perut untuk mengambil tindakan ke atas puak yang terlibat dikatakan melakukan aktiviti permurtadan yang dilindungi oleh para profesional itu?
Kalaulah benar andaian ini nampak sangat Jais jahil di dalam bidang agama dan tugas serta tanggungjawabnya. Jais jangan melenting kalau dituduh sebagai menjadi alat kepada mana-mana pihak dan tidak melaksanakan tugas seperti sepatutnya. Ingatlah tindakan Jasi secara berat sebelah itu menyebabkan institusi agama penguatkuasaan itu akan diketawakan oleh orang ramai.
Kita tunggu nanti apa yang akan diperlakukan oleh Jais tehadap Bob Lokman. Kalau Jais mendakwa Bob Lokman tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas dakwaan aktiviti memurtadkan umat Islam di gereja Damansara Utama itu maka jelaslah Jais bertindak double standard dan bukan atas prinsip tugas dan tanggungjawabnya sebenarnya. Jais juga dilihat sudah menjadi kuda kepang oleh pihak tertentu.
selatan online/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan