19 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 15 Dis: Ketua pasukan peguam bela Anwar, Karpal Singh mempersoalkan tindakan pendakwa raya yang mengabaikan keterangan doktor Hospital Pusrawi, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dalam perbicaraan Fitnah II.
Menurut Karpal, keterangan Dr Osman ‘memusnahkan’ kes pendakwa raya kerana beliau adalah doktor pertama yang memeriksa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengesahkan pemuda itu tidak diliwat.
Beliau turut mempertikaikan sebab Saiful terus ke hospital untuk diperiksa walau pun pada masa itu dia masih belum membuat laporan polis.
“Kejadian didakwa berlaku pada 26 Jun, laporan polis pada 28 Jun…kenapa Saiful tidak terus ke balai polis untuk buat laporan?” tanya Karpal dalam hujah balas terhadap penggulungan akhir pendakwa raya hari ini.
Peguam kedua Anwar, Sankara Nair pula berhujah Saiful mereka-reka cerita berkenaan cecair pelincir KY Jelly bagi memastikan fitnah rekaannya padan dengan penemuan Dr Osman yang mengesahkan dia tidak diliwat.
“Saiful nampaknya tiada pilihan lain selain daripada mendapatkan pendapat lain yang mengesahkan dia kononnya diliwat,” kata Sankara.
Sankara juga membidas pendakwa raya yang memanggil doktor perubatan biasa HKL untuk mempertikai keterangan doktor pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland.
“Yang Arif tidak akan dapat membandingkan pendapat dua orang pakar dan membuat keputusan pendapat mana yang mahu diterima,” kata Sankara.
Sebaik sahaja peguam bela Anwar selesai melakukan hujah penggulungan, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh 9 Januari memberikan keputusan terhadap kes Fitnah II ini.
Keadilan Daily

1 ulasan:
kita mohan dan berdoa kepada Allah semoga sesiapa yang menzalimi akan menerima padah seperti apa yang berlaku kepada beberapa orang sewaktu selepas keputusan kes. Antara manusia tersebut tan sri mokhtar, khalid jefri dan lain-lain
Catat Ulasan