15 Disember 2011

Pengusaha kuetiau benzoik didenda RM7,000

19 Muharram 1433H. [MOD] -

AH LEK ketika keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman denda kerana kesalahan menggunakan bahan pengawet dalam kuetiau pada kadar yang tidak dibenarkan di Melaka semalam.

MELAKA – Seorang pemilik kilang mi didenda sebanyak RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah menggunakan bahan pengawet asid benzoik pada kadar yang tidak dibenarkan dalam produk makanan keluaran syarikatnya.

Majistret Syajaratudur Abd. Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Ah Lek, 59, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan bahan pengawet iaitu asid benzoik dengan kadar 770mg/kg dalam produk kuetiau yang dikeluarkan pihaknya.

Kadar tersebut melebihi kadar bahan pengawet yang dibenarkan ditambah dalam makanan pasta seperti yang dinyatakan dalam peraturan 20(3) dibaca bersama peraturan 63 peraturan-peraturan makanan 1985.

Kuetiau tersebut dijual di premis Blok B, SB 4 Pasar Borong Batu Berendam pukul 4 pagi 17 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh disiasat di bawah Seksyen 13B(1) dibaca bersama 13B(2)(d) Akta Makanan (pindaan) 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

KOSMO/-

2 ulasan:

MUJAHADAH berkata...

Sepatutnya semua surat khabar perlu dedahkan kuetiau "brand" apa yang kena saman ini supaya orang ramai tak tertipu lagi. Biasanya kalau berlaku penyelewengan ini nama syarikat atau cakap kampungnya kuetiau cap apa tidak didedahkan. Kenapa sorok2 .... dedahkan sahaja kepada orang ramai. Nasihat saya peniaga2 Islam kita jangan beli mee ke, kuetiau ke dari orang2 cina kafir nie, kalau beli juga mereka jadi penkhianat dan berdosa sepanjang masa... wassallam