2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
RIO DE JANEIRO: Sebuah bangunan 20 tingkat di tengah Rio de Janeiro runtuh, awal hari ini dipercayai akibat letupan.
Insiden itu menyebabkan dua orang cedera setakat ini.
Pegawai Bomba yang berada di kawasan runtuhan berdekatan panggung teater bandar raya berkenaan di Dataran Cinelandia mengesahkan sekurang-kurangnya dua orang cedera setakat ini.
Seorang lagi pekerja penyelamat berkata, beberapa pekerja pembinaan yang berada di dalam bangunan juga dilaporkan terperangkap.
Ketika ini, berpuluh-puluh anggota penyelamat dan pegawai perubatan berada di kawasan runtuhan.
Kejadian awal pagi ini yang dilaporkan mencetuskan panik di sekitar kawasan berkenaan selepas kedengaran beberapa bunyi letupan.
MSTAR/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan