2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Majlis Peguam mencadangkan sebuah Majlis Hukuman diwujudkan untuk mengadakan satu garis panduan mengenai kadar hukuman ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut di jalan raya.
Presidennya Lim Chee Wee berkata dengan adanya majlis ini, hukuman yang dijatuhi bersesuai dengan kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik itu.
Beliau berkata mengenakan hukuman mandatori ke atas pemandu yang menyebabkan kemalangan maut adalah tidak wajar kerana sesuatu kes itu perlu dilihat dari aspek bagaimana kemalangan itu, serta sama ada kes itu "berat atau ringan."
"Sesuatu hukuman perlu bergantung kepada fakta-fakta kes yang pada amnya berlainan antara satu sama lain.
"Oleh itu budibicara hakim tidak patut disekat, malah hukuman bukan sekadar untuk hukuman sahaja tetapi untuk pemulihan (ke atas pesalah trafik)," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas pandangan Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Tan Sri Lee Lam Thye pada Ahad lepas, yang menyarankan agar pihak berkuasa mengenakan hukuman penjara mandatori terhadap mereka yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut.
Pandangan Lim turut dikongsi oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang bersetuju bahawa hukuman mandatori tidak sesuai dilaksanakan kerana ia bukanlah satu kesalahan yang berat seperti kes pengedaran dadah ataupun kes bunuh.
"Ini kerana kita perlu mengambil kira latar belakang sesuatu kesalahan memandangkan terdapat beberapa faktor lain yang mengundang kepada kemalangan jalan raya.
"Sewajarnya, hukuman perlu diberatkan lagi bagi kesalahan pemandu yang cuai.
Contohnya, tempoh hukuman penjara perlu ditambah dari lima tahun kepada 10 tahun, jumlah denda dinaikkan, atau lesen ditarik serta merta," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Madya Dr Wong Shaw Voon bersetuju dengan cadangan Lee bahawa hukuman penjara mandatori itu perlu diwujudkan sebagai satu pengajaran yang berkesan kepada mereka yang memandu dengan berbahaya hingga mengakibatkan kemalangan maut.
Wong berkata hukuman itu bagaimanapun tidak sepatutnya dijatuhi ke atas pesalah secara menyeluruh tanpa meneliti kesalahan itu berdasarkan tahap keseriusan kesalahan yang lakukan.
"Tidak semua kesalahan jalan raya perlu dihukum dengan hukuman penjara mandatori kerana ia perlu diperhalusi oleh badan perundangan dan kehakiman,
berdasarkan bukti-bukti yang kukuh," katanya.
Wong berkata bagaimanapun pelaksanaan peraturan itu dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya untuk lebih berhati-hati dan mengutamakan keselamatan ketika memandu," katanya.
Beliau berkata selain hukuman penjara mandatori, kerajaan juga perlu memberi tekanan terhadap jumlah denda ke atas mereka yang didapati bersalah supaya masyarakat tidak memandang ringan kesalahan trafik yang mereka lakukan.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) Hamzah Masri pula berharap agar kerajaan lebih giat mengadakan kempen kesedaran untuk meningkatkan tahap pemahaman orang ramai berhubung peraturan undang-undang sedia ada.
"Walaupun pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan namun sekiranya masyarakat tidak memahami pelaksanan sesuatu undang-undang, ia tidak akan berkesan," katanya.
"Kita perlu melihat sejauh mana tahap pemahaman orang ramai mengenai sesuatu undang-undang. Misalnya hukuman penjara mandatori tidak semua orang ramai dapat memahaminya, kerana kurang pendedahan dan pengetahuan dalam undang-undang," katanya.
Sementara itu, Lee dalam mempertahankan cadangan yang dikemukakannya berkata hukuman penjara mandatori ini adalah langkah terbaik untuk mendidik masyarakat supaya mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya berikutan kes kematian yang melibatkan kemalangan jalan raya semakin meningkat setiap tahun.
"Jika kita lihat kes kematian di kalangan pengguna jalan raya meningkat di mana pada tahun 2010 sebanyak 6,872 kes dicatat, dan ini meningkat daripada 6,745 kes pada tahun 2009.
Selain itu, pada tahun 2008, sebanyak 6,527 kes direkodkan, meningkat sebanyak 245 kes berbanding 6,282 pada tahun 2007, dan 60 peratus kes kematian melibatkan pengguna motosikal, katanya.
Beliau juga menjelaskan hukuman penjara mandatori ini tidak hanya tertakluk kepada pemandu jalan raya persendirian tetapi termasuk pemandu perkhidmatan awam seperti bas dan teksi.
Lee berkata hukuman penjara mandatori ini juga telah dilaksanakan di Australia, dan sudah tiba masanya Malaysia turut mengguna pakai peraturan itu.- Bernama
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan