2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kecewa dengan perancangan Tahun Melawat Negeri Perak pada tahun ini yang seolah-olah ibarat ‘tangkap muat’ sahaja di bawah kendalian Datuk Hamidah Osman sebagai orang yang dipertanggungjawabkan. Terkini,
melalui pengumuman Datuk Hamidah yang mana telah melantik Datuk AC Mizal atau Mizal Zaini nama sebenarnya sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak telah mendapat kritikan umum oleh rakyat.
Ini kerana umum mengetahui bahawa Datuk AC Mizal bukanlah anak kelahiran negeri Perak sepertimana yang dilaporkan oleh Wikipedia, ensiklopedia bebas yang menyatakan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Muar, Johor. Ianya bertentangan dengan kenyataan Datuk Hamidah sendiri yang menegaskan bahawa Datuk AC Mizal adalah anak kelahiran Perak. Adakah Datuk Hamidah telah dimaklumkan tentang perkara ini?
Datuk AC Mizal yang mendapat gelaran Datuk di Negeri Pahang dahulu, telah menjadi ‘buah mulut’ banyak pihak yang kesal terhadap isu ini. Persoalan juga timbul, tiadakah artis berbakat lain anak kelahiran Perak yang boleh dinobatkan sebagai Duta Pelancongan Negeri Perak? Kami juga turut kesal akan perkara ini yang memberikan kesan negatif terhadap perancangan pelancongan serta Tahun Melawat Perak kali ini.
Dan kami juga ingin mendedahkan tentang laman website Perak Tourism; Visit Perak Year 2012 yang telah meletakkan Teluk Rubiah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Tahun Melawat Perak yang didapati tidak dikemaskini dan boleh memberikan gambaran 'tidak benar'.
http://www.peraktourism.com/planning_your_visit/content_golf.cfm?id=12831D18-2FB6-11D4-9C6A00062950EFFA
“Royal Teluk Rubiah Country Club: Located west of Lumut is the Royal Teluk Rubiah Country Cluband itis said to be among the best in the country with its BEAUTIFUL BEACH-FRONT. The club was designed to blend with its NATURAL SURROUNDING a concept which is in line with the GOVERNMENTS POLICY to PRESERVE THE ENVIRONMENTAL.
The luxurious 728 hectares golf club boasts of a beautiful 8 km beach-front which enables visitors to savour the cool and refreshing breeze of the sea."
Keadaan ini amat jelas dan umum mengetahui apa yang sedang berlaku di sana berikutan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Di Raja Dr Haji Zambry Abdul Kadir dan EXCO yang bertanggungjawab di bawah Datuk Hamidah yang telah membenarkan operasi Kilang Bijih di sana. Jelas polisi yang menjelaskan alam sekitar akan memburukkan lagi keadaan dan usaha menarik pelancong ke sana kelak.
Perkara ini jelas bahawa tiada perancangan rapi di dalam usaha menarik pelancong dalam misi Tahun Melawat Perak dan fokus utama sasaran menarik lima juta pelancong hanya ‘indah khabar dari rupa’ sahaja tanpa melihat kemampuan sebenar akan khazanah yang ada di Perak sebenarnya.
SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan