17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
BATU CAVES – Misteri kehilangan seorang warga emas menjadi tanda tanya apabila sehingga kini masih gagal menjejakinya selepas dilaporkan hilang sejak 6 Januari lalu.
Anak, Otheman Yusoff berkata, ibunya, Che Meriam Che Soh, 67, berasal dari Kelantan dan lebih 20 tahun tinggal bersamanya di Sentul.
Menurutnya, ibunya hilang sewaktu mereka sekeluarga sedang sibuk mengemas kedai makan yang baru di buka di Jalan Sentul Manis.
“Dalam jam 12 tengah hari selepas siap mengemas kedai dan ingin pulang didapati ibu tiada di belakang kedai dan juga di kawasan berhampiran.
“Kami tiada sebarang masalah keluarga, kehilangannya menjadi persoalan serta membimbangkan kerana ibu tidak mempunyai saudara lain di sini selain mengalami masalah pendengaran dan bisu,” katanya kepada Sinar Harian,.
Otheman berkata, pelbagai cara dan kaedah dilakukan untuk menjejaki ibunya termasuk mendapatkan khidmat ustaz dan bomoh namun masih belum berhasil .
“Sepanjang 20 tahun tinggal bersama kami, ibu hanya keluar apabila kami membawanya dan tidak pernah keluar bersendirian kerana masalah daya ingatan (nyanyuk) dan kaki yang lemah.
“Kami bimbang ibu diculik untuk dijadikan sindiket haram yang menggunakan warga emas untuk meminta sedekah atau pengemis jalanan,” katanya.
Laporan polis juga dibuat namun masih belum menunjukkan sebarang perkembangan sehingga kini.
Justeru itu, orang awam yang pernah menjumpai mangsa atau mengenalinya boleh menghubungi waris di talian 012-3832661 atau 014-6413182 atau 017-3025851.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan