17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 10 Feb — Utusan Malaysia hari ini mendakwa Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyokong sambutan Hari Kekasih atau Valentine’s Day menerusi tulisan di laman blog dan laman sosial Facebook miliknya.
Akhbar milik Umno itu dalam laporan bertajuk “Nasrudin sokong sambutan Hari Kekasih?” mendakwa pemimpin muda PAS itu menimbulkan kontroversi apabila memuat naik kenyataan bertajuk ‘Sambutan Hari Kekasih’ di laman blognya, http://www.eperjuangan.com semalam.
Dalam entri itu, Nasrudin (gambar) menulis: “Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang berada di ambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih atau pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam.
“Antaranya adalah pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram, tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi serta tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama.”
Akhbar harian berbahasa Malaysia itu juga mengatakan dalam entri itu, Nasrudin pada perenggan kelapan turut mengesyorkan agar pasangan yang sudah berkahwin meraikan Hari Kekasih atau apa jua hari lebaran yang membawa maksud serupa dengan memberi hadiah dan ziarah.
Bagi pasangan yang belum berkahwin pula katanya, perlu dipastikan tiga adab dan akhlak yang digariskan itu dilaksanakan.
Ekoran kenyataan kontroversi itu, Nasrudin mengeluarkan kenyataan baru selang beberapa jam selepas entri pertama di laman blognya berkata beliau sebenarnya mengemukakan alternatif agar anak-anak muda Islam tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan agama lain.
“Apa yang ditulis di laman web saya adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, sama ada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telah mendirikan rumahtangga.
“Meraikan kekasih hati dengan syarat adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau Biro Baitul Muslim Jamaah Islam,” katanya merujuk kepada laporan di sebuah portal berita.
“Justeru, ia tidak kena-mengena dengan Valentine’s Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hati,” tambah Nasrudin.
Pemuda PAS sebelum ini diketahui umum menentang keras sambutan Valentine’s Day di kalangan umat Islam kerana ia dikatakan menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral.
Sayap pemuda itu turut menggesa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar membuat kawalan terhadap sebarang promosi berhubung sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari depan.
malaysian insider/-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan