17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SEPERTI anak ayam kehilangan ibu, pemain England mahu Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mengambil alih jawatan Pengurus The Three Lions selepas Fabio Capello meletak jawatan, kelmarin.
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berkata, Redknapp calon sesuai kerana dia berbangsa Inggeris.
Pendapat Rooney itu disokong Rio Ferdinand menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, semalam.
“Sudah tiba masanya skuad England dikendalikan oleh seorang pengurus berbangsa Inggeris agar semua arahan tidak lagi disalah tafsir,” katanya.
Sementara itu, bekas pengendali England, Sven Goran Erikkson berpendapat Redknapp calon yang sesuai mengemudi The Three Lions pada kejohanan Euro 2012, Julai nanti.
Selain Redknapp, beberapa nama besar dikaitkan mengambil alih teraju skuad kebangsaan England antaranya, Jose Mourinho, Martin O’Neil, Stuart Pearce, Alan Pardew, Roy Hodgson dan Guus Hiddink.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan