17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
JARINGAN solo menarik daripada Gervinho memastikan Ivory Coast melangkah ke pentas akhir Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika 2012 selepas menundukkan Mali 1-0, awal pagi kelmarin.
Jurulatih Les Elephant, François Zahoui ternyata gembira dengan aksi dipamerkan anak buahnya, namun sedikit hampa kerana jentera serangan gagal menggandakan jaringan.
“Kami menguasai perlawanan, namun bahagian serangan sedikit tumpul. Jadi saya perlu lakukan sedikit rombakan menjelang aksi final, Isnin depan,” katanya.
Sementara itu, satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Zambia mengejutkan Ghana 1-0 sekali gus menamatkan kemarau final sejak kali terakhir melakukannya pada 1994.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan