17 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
AWANG import Perak dari Serbia, Lazar Popovic diberi kata dua supaya meningkatkan permainan dan menjaringkan gol atau digugurkan daripada skuad Seladang.
Pengurus pasukan, Khairul Azwan Harun berkata, bukan mahu menafikan sumbangan Popovic yang banyak mencipta peluang buat rakan menjaringkan gol, sebaliknya menegaskan, pengambilan pemain itu adalah untuk mengisi posisi penyerang yang sepatutnya berperanan menggegar jaring lawan.
“Sebagai penyerang, beliau masih gagal menggalas tanggungjawabnya dengan baik. Tetapi untuk terus menghukum beliau bukan tindakan yang tepat kerana mungkin nasib belum menyebelahinya.
“Kita juga sedar sumbangan besarnya dalam taktikal dan hantaran bola yang menarik kepada pemain lain untuk menjaringkan gol,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Khairul Azwan berkata, kejayaan Perak menakluk puncak liga selepas menang 2-1 ke atas Sarawak kelmarin, bukan tiket untuk terus berasa selesa.
“Perjalanan liga masih jauh lagi pun kedudukan mata empat pasukan teratas tidak jauh berbeza,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan