28 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
SHAH ALAM – Pulanglah Nana!. Itulah rintihan seorang ibu, Norazura Roski, 37 yang tidak jemu menunggu kepulangan anak gadisnya Nazatul Fardiana Mohd Izwan, 15, atau lebih mesra dipanggil Nana yang hilang sejak tiga minggu lalu.
Menurut Norazura, kali terakhir dia bersama anak keempat daripada lima beradik itu apabila dia sendiri menghantar Nana ke perhentian bas berdekatan rumahnya di Seksyen 8, kira-kira jam 3 petang, 30 Januari lalu.
“Saya hantar Nana ke perhentian bas kerana dia mahu ke rumah rakannya untuk mengulang kaji pelajaran bersama.
“Namun, sehingga jam 8 malam pada hari yang sama, Nana tidak pulang dan saya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal dihubungi. Kawan-kawannya juga tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
Norazura berkata, sebelum ini, anaknya itu akan sentiasa menghubunginya jika pulang lewat atau menghadapi masalah.
Katanya, sehari selepas kehilangan anaknya, dia membuat laporan di Balai Polis Shah Alam dan mendapat bantuan daripada rakan-rakan untuk mencari anaknya di beberapa kawasan termasuk di Ampang serta Gombak.
Selepas mendapat maklumat daripada rakan, Norazura sendiri turut serta mencari anaknya di sekitar Kuala Lumpur tetapi tidak berjaya menemuinya.
“Ada beberapa orang di sekitar Ampang dan Gombak memaklumkan pernah melihat Nana dalam keadaan tidak bermaya dan mengenakan pakaian yang sama pada hari dia hilang, iaitu baju kurung berwarna merah dan kain petak hitam putih.
“Saya juga diberitahu, orang ramai ada melihat anak saya bersama seorang lelaki dipercayai warga Myanmar, tetapi keadaannya tidak bermaya dan lupa namanya sendiri,” katanya.
Menurut Norazura, dia khuatir sekiranya anaknya dijadikan mangsa sindiket pengemis yang didalangi warga Myanmar.
Bimbang keselamatan anaknya itu, mengambil keputusan untuk membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 14 Februari lalu kerana berdasarkan maklumat rakannya, Nana masih berada di sekitar Kuala Lumpur.
Dia berharap orang ramai yang mengetahui di mana Nana berada supaya menghubunginya di talian 017-6937548 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan