21 Mac 2012

Dewan Ulamak PAS anjur Mahrajan Syria

28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat akan mengadakan program Mahrajan Syria bertujuan menyusun deklarasi bertindak bagi menangani isu kezaliman di Syria.

Program tersebut dijadualkan pada 25 Mac ini di Darul Fuqaha, Sungai Merab, Bangi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengahari.

Menurut pengarah program, Dr. Azhari Ariffin, program tersebut bakal menampilkan tokoh ulamak Syria, Syeikh Samir Saqqa bagi menceritakan konflik berdarah di Syria.

Seterusnya, kata beliau seorang tokoh akademik dan ulama, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dijemput untuk menyampaikan kertas kerja bertajuk Pendirian Ulama Terhadap Konflik di Syria.

Program tersebut yang bertemakan ‘Antara Kejahilan Ummah, Kelesuan Ulama dan Kerakusan Penguasa’ adalah terbuka kepada masyarakat awam supaya sama-sama dapat menjiwai keperitan umat Islam di Syria berhadapan dengan pemerintah yang menzalimi mereka.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: