21 Mac 2012

Radiasi berlebihan meskipun selepas 18 tahun

28 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kesan radiasi di sekitar kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, dan tapak pelupusan sisanya di Bukit Kledang, kedua-duanya di Perak, masih pada tahap berbahaya selepas kilang berkenaan ditutup 18 tahun yang lalu.

NONEKumpulan anti-Lynas Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) berkata fakta itu ditemui semasa mereka cuba melawat tapak berkenaan di Perak pada hujung minggu lalu.

Menurut pengerusi SMSL Tan Bun Teet (kanan), ahli kumpulan itu yang lengkap dengan alat peranti bacaan radiasi tidak dibenarkan memasuki loji dan tapak pelupusan sisa itu tetapi bacaan radiasi di sekitar kedua-dua lokasi menunjukkan keputusan yang membimbangkan.

Bacaan berhampiran tapak kilang adalah sekitar 0.19 microsievert setiap jam manakala bacaan berhampiran tapak pelupusan sisa pula berjumlah kira-kira 0.2 microsievert bagi setiap jam.

Kedua-dua bacaan, jika dihitungkan kepada bacaan asas tahunan, adalah di luar tahap selamat iaitu pada 1 milisievert setiap tahun seperti yang dinasihatkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), dakwa Tan.

Purata bacaan di Malaysia adalah 0.05 microsievert bagi setiap jam.

NONE"Adalah dikesalkan bahawa dalam zon penampan 1.7 kilometr dari tapak pelupusan sisa, kita masih dapati ada aktiviti pertanian pembiakan ikan, haiwan dan sayur-sayuran," kata Tan.

Walau bagaimanapun, AELB sebelum ini mendakwa bahawa tapak kilang telah dinyah-cemar dengan tahap radiasi turun dari 0.65 microsievert setiap jam kepada 0.17 microsievert setiap jam dan ia selamat untuk aktiviti manusia.

malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,

Mohon maaf, jika isu dipamerkan ini tidak dirujuk dulu kepada yang lebih arif, tak payahlah nak highlight. Jangan copy and paste sahaja. Sepatutnya YB dari Jemaah Islam ni lebih berhati-hati memanjangkan maklumat yang saya fikir kurang tepat kerana kita perlu teliti dari pelbagai aspek termasuk alat digunakan, expertise, kaedah dibuat dll. Kat Ipoh banyak bijih timah...latarbelakang sinaran gamma adalah tinggi berbanding had kepada orang awam iaitu 1mSv/tahun. Bacaan perlu dibandingkan juga dengan tempat lain dlm kawasan yg sama. Jangan hanya spot kat satu tempat sahaja dan nyatakan ianya tinggi dari had dibenarkan padahal banyak tempat bacaan latarbelakang akibat Uranium dan Thorium semulajadi adalah lebih tinggi dari had yang dibenarkan. Saya fikir tapak yang dimaksudkan mempunyai bacaan background yang lebih tinggi. Saya fikir pihak berkuasa telah nyatakan bahawa ianya telah pindahkan contaminated materials dan ianya telah kembali kepada bacaan latarbelakang bukan bacaan had yang dibenarkan. YB patut panggil third party utk verify perkara ini. Jangan panjangkan perkara yg belum ditentusahkan. YB patut siasat dulu perkara ini.