2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PASIR PUTEH - Hasrat 32 nelayan Vietnam menangkap ikan di perairan negara tanpa permit sah gagal apabila aktiviti mereka itu berjaya dikesan oleh Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tok Bali, awal pagi semalam.
Ketua Penguat kuasa Maritim Daerah, Komander Maritim Zainin Abdul Majid berkata, kesemua mereka yang berumur dari lingkungan 20 hingga 61 tahun itu melakukan aktiviti tersebut dengan menggunakan tiga buah bot.
”Semasa pemeriksaan dilakukan, kami menghadapi masalah komunikasi dan hasil pemeriksaan yang teliti didapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.
Operasi Ops Perkasa Timur tersebut diketuai oleh Pegawai Memerintah Leftenan Komander Maritim Suhaizan Saadin bersama 25 anggota.
Nilai kesemua rampasan tersebut adalah kira-kira RM150,000 dan kesemua bot tersebut dibawa ke Jeti APMM di Tok Bali untuk tindakan selanjutnya.
Zainin berkata, hasil laut di perairan negara ini yang banyak serta dijaga dengan baik menyebabkan mereka sanggup bergadai nyawa walaupun perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang.
Beliau berkata, kesemua mereka boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah melakukan aktiviti penangkapan ikan di Perairan Perikanan Malaysia tanpa permit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
”Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau enam bulan penjara bagi tekong dan RM100,000 atau enam bulan penjara bagi setiap awak-awak atau kedua duanya sekali.
”Mengikut statistik terkini, ini merupakan tangkapan yang ke 14 yang melibatkan bot nelayan asing dan kesemua orang kena tahan (OKT) adalah seramai 169 orang.
”Peningkatan tangkapan ini amat ketara berbanding tahun lepas hanya 13 kes sahaja sepanjang tahun 2011 yang melibatkan bot asing,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan