2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
DUNGUN – “Kalau doktor ambil semua darah pun tidak mengapa asalkan dapat selamatkan abang,”.
Itulah ungkapan terakhir arwah Mohd Muaz Yusuf, 13, yang masih terngiang di telinga abangnya, Muhamad Munawar Nadir Yusuf, 21 sebelum adiknya itu menemui ajal, pagi semalam.
Beberapa hari sebelum pemergiannya, arwah Mohd Muaz, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Omar dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Kuala Lumpur untuk membolehkan dia menderma sumsum tulang kepada
abangnya, Munawar yang menghidapi leukemia.
Namun, takdir menentukan apabila arwah yang sebelum ini sihat lebih dahulu meninggalkan abangnya itu apabila dia ditemui mati di tempat tidurnya, awal pagi semalam.
Anak kaku ketika dikejutkan solat Subuh
Kejadian disedari ibunya, Asma Ismail, 51 ketika dia ingin mengejutkan anak bongsu daripada enam beradik itu untuk menunaikan solat Subuh, kira-kira jam 6 pagi semalam.
Asma yang masih bersedih atas pemergian insan tersayang itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka anaknya itu akan pergi dalam masa terdekat berbanding abang arwah, Muhamad Munawar sebelum ini sering dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan atas penyakit kroniknya itu.
Katanya, sebaik bangkit daripada tidur, dia cuba mengejutkan anak lelakinya itu namun arwah dikatakan tidak menunjukkan sebarang tindak balas, menyebabkan dia rasa tidak sedap hati lalu memanggil seorang lagi anak lelakinya untuk mendapat kepastian.
“Ketika itu saya lihat tubuhnya sudah kaku, tanpa berlengah kami bergegas membawanya ke hospital,
“Saya pulang ke rumah sebentar untuk sembahyang Subuh, apabila pergi semula ke hospital, saya lihat tubuhnya sudah ditutup dengan kain putih,” katanya.
Terharu pengorbanan adik
Menurut Asma, dia redha dengan pemergian anaknya itu dan beranggapan ada hikmah di sebalik semua peristiwa itu.
Namun, bagi abang arwah, Mohd Munawar, dia amat terharu atas pengorbanan arwah adiknya itu kerana sanggup menderma sumsum tulang kepadanya yang amat memerlukan sumbangan tersebut.
Menurut Mohd Munawar, dalam adik-beradiknya, hanya arwah yang mempunyai darah yang sama iaitu jenis A.
Katanya, kesediaan arwah yang sanggup berkorban menderma sumsum tulangnya untuk membolehkan dia terus hidup merupakan sesuatu yang akan dikenang sehingga akhir hayatnya.
“Semalam, sebelum dia meninggal, kami sempat pergi memancing bersama, tak sangka pula hari ini dia sudah tiada.
“Apapun, dia seorang adik yang mempunyai jiwa yang murni kerana sanggup berkorban untuk membolehkan abangnya terus hidup,” katanya.
Mayat arwah kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Hasil bedah siasat oleh Pegawai Perubatan mendapati mangsa mati akibat paru-paru berair.
Jenazah arwah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, dekat Jalan Nibong selepas solat asar, petang semalam.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan