2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
Yang menjadi masalah kepada rakyat Malaysia bukan sahaja kerana harga barang keperluan harian mendadak naik dari hari ke hari seperti ikan kembong sudah mencecah RM20 sekilogrm atau udang dan sotong sudah mencecah RM25 sekilogram tetapi juga harga bahan untuk keperluan bayi seperti susu tepung sudah menjangkau RM50 setin yang mana amat membebankan keluarga bayi yang baru lahir itu. (Gambar Hiasan)
Mana tidaknya satu tin susu berharga RM50 itu hanya boleh bertahan untuk selama seminggu sahaja dan bayangkanlah untuk sebulan bermakna untuk biayai susu sahaja sudah mencecah RM200 dan itu tidak termasuk kira pampes yang mesti disediakan sekurang-kurangnya RM100 serta ubat-ubatannya mencecah hampir seratus juga.
Kalau ibu yang berkerja sudah tentu pula akan mendapatkan perkhidmatan pengasuh yang kini tidak kurang RM300 apabila dihantarkan ke pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah kanak-kanak itu mencapai umur enam tahun.
Itulah keluhan suri rumah tangga kalau pendapatan bulanannya hanya tidak sampai seribu ringgit Malaysia. Bayangkanlah untuk menjaga seorang bayi dengan sempurna memerlukan sekurang-kurangnya RM800 sebulan dan jika gaji hanya RM1,000 atau RM1,500 sebulan apalah sangat yang tinggal untuk baki bagi keperluan-keperluan lain dan bayangkan lagi jika mereka yang mempunyai anak berderet yang masih kecil yang perlukan kasih sayang dan masih bersekolah.
Di sinilah puncanya mengapa masalah sosial akan timbul kerana ketidak kesempurnaan mendidik sejak alam kanak-kanak lagi dimana apabila bermasalah di dalam ekonomi keluarga dan tidak seimbang untuk mencurahkan kasih sayangnya akan timbullah berbagai kerenah membabitkan seisi keluarga dan kepincangan itu kadang kala merosakkan sistem kekeluargaan itu sendiri seperti berlakunya bercerai berai dan anak-anak dibiarkan lepas begitu sahaja tanpa pengawasan dan penjagaan yang sempuna.
Masalahnya orang Melayu tidak suka meminta-minta kerana bagi mereka maruah perlu dijaga walauapapun keadaan sekali pun mereka tetap menjaga adat dan adap turun temurun itu. Lagi pun orang bukan hendak bersimpati sangat kerana apa yang dikeluh kesahkan itu bukannya mendapat simpati tetapi kadangkala hamburan keji dan kata nista yang dapat.
Untuk mengadu kepada Jabatan zakat atau Jabatan kebajikan prosedurnya ketat seolah-olah kita mengemis di bawah jambatan.Itulah hakikatnya di mana akhirnya kalau yang tidak mampu membiayai bayi kasayangnya itu terpaksalah dalam diam-diam diserahkan kepada ibu atau keluarga angkat yang sanggup menerimanya.
Oleh yang demikian pada hemat saya sesebuah keluarga di negara kita ini perlukan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan dan itu pun hanya cukup cukup makan' sahaja untuk meneruskan hidup berkeluarga yang harmoni dan berwawasan kalau tidak jawabnya 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' sahajalah jawabnya.
Harakah Daily

Tiada ulasan:
Catat Ulasan