2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 motosikal dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000 musnah dibakar oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di blok 1, Flat Seri Selangor, Jalan San Peng di ibu negara, awal pagi semalam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 1.23 pagi, sebelum dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat serta Pudu dihantar ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, sebelum api berjaya dikawal pada jam 1.35 pagi.
“Kita dapat padam api sepenuhnya pada jam 1.43 pagi, namun semua motosikal itu gagal diselamatkan.
“Siasatan menunjukkan tiada kenderaan lain terlibat kerana kebakaran berlaku di kawasan tempat letak motosikal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Difahamkan, terdapat dua unit rumah di tingkat tiga perumahan itu, terjejas sedikit akibat kebakaran yang berlaku.
Azizan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua motosikal terbabit dikenal pasti milik penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
“Siasatan awal menunjukkan perbuatan khianat atau bakar itu sengaja dilakukan oleh individu tertentu dan kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM60,000,” katanya.
Ketika ditanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan kes bakar motosikal di Sentul kelmarin, Azizan berkata, siasatan lanjut berhubung perkara itu termasuk motif sedang dijalankan polis.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan