2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
TAIPING – Keadaan tebing longkang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Larut, di sini, yang semakin rebak menimbulkan kebimbangan penduduk sekitar.
Ketua Kampung Larut Ulu, Tajei Hussin berkata, sejak dua bulan lalu, tebing longkang itu telah beberapa kali rebak dan kini keadaannya semakin teruk.
Menurutnya, air longkang yang deras menjadi salah satu faktor tebing terhakis, ditambah dengan struktur tanah di kawasan itu yang agak longgar.
“Longkang ini menjadi laluan air utama apabila banjir dan jika tebing ini semakin rebak dan tanah yang runtuh akan menyebabkan longkang ini menjadi cetek,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, dia telah membawa hal ini ke pengetahuan jabatan berkenaan di Ipoh, bagaimanapun, mereka berjanji akan berbuat sesuatu.
Katanya, selepas itu, pihak berkenaan telah meletakkan batu-batu sebagai penghalang supaya tebing tidak rebak.
“Batu-batu yang diletakkan itu bukan satu penyelesaian kerana akan jatuh ke dalam sungai setiap kali hujan.
“Selain itu, jalan di situ hanya di hadang dengan kon dan menyebabkan penduduk bimbang jika ada murid dari sekolah berhampiran terjatuh ke dalam longkang berkenaan,” katanya.
Kata beliau, pihaknya berharap masalah tersebut mendapat perhatian pihak bertanggungjawab agar tiada kejadian tidak dingini berlaku.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan