24 April 2012

Liga Juara: Di Matteo janji tewaskan Barcelona

2 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PENGENDALI sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berjanji pasukannya akan memberi peningkatan yang positif menjelang pertemuan dengan Barcelona dalam persaingan separuh akhir kedua Liga Juara-juara, Rabu ini.

Di Matteo menegaskan meskipun memiliki kelebihan pada saingan separuh akhir pertama Khamis lalu, Chelsea akan tetap memburu jaringan di Nou Camp walapun menyedari bukan mudah untuk bermain di hadapan penyokong lawan.

"Peluang kedua-dua pasukan dilihat seimbang, dan mana-mana pasukan yang melakukan sedikit kesilapan akan pastinya menerima padah,

"Apa-apa pun kita akan cuba skor gol pada perlawanan itu nanti kerana ia akan menjadi masalah sekiranya seri tanpa jaringan," kata Di Matteo.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Chelsea menang 1-0 ke atas Barcelona.

Tambah Di Matteo, Barcelona akan melakukan apa sahaja dalam misi memburu gol, dan "kami akan cuba menghalang peluang itu sekali gus memusnahkan impian mereka untuk layak ke peringkat akhir nanti."
Chelsea turut mencipta kejayaan apabila layak ke peringkat akhir menentang Liverpool dalam perlawanan Piala FA
5 Mei ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: