1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PENGURUS Manchester City, Roberto Mancini masih menganggap Manchester United (MU) sebagai pilihan untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walapun kelab itu telah merapatkan jurang mata ekoran kemenangan ke atas Wolves, semalam.
Dalam perlawanan semalam, City menewaskan Wolves 2-0 manakala MU hanya seri 4-4 dengan Everton.
Jika Manchester City menang pertemuan dengan MU pada 30 April ini, maka ia akan kembali ke kedudukan teratas dari segi perbezaan gol.
Dalam satu kenyataan kepa BBC, Mancini berkata: “Mereka sentiasa berada di atas dan masih di hadapan dengan kelebihan tiga mata.”
“Lagipun selepas ini, mereka mempunyai dua perlawanan yang mudah, dan ia berbeza dengan kami yang tidak mempunyai peluang untuk menang perlawanan akan datang,” kata beliau lagi.
Tambah Mancini, dengan rekod memenangi 19 gelaran sebelum ini, beliau yakin mereka akan terus berada di kedudukan yang terbaik untuk bergelar juara kali ke-20.
“Buat masa ini, kami tidak mempunyai sebarang tekanan kerana kami tidak membuat sebarang jangkaan untuk menang.
“Apa yang penting kami mahu menamatkan musim ini dengan cemerlang," kata Mancini.
Kedua-dua pasukan itu telah mengumpulkan 83 dan 80 mata dengan melengkapkan 35 perlawanan setakat ini.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan