1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KOTA BHARU - Dua peguam memfailkan saman RM2 juta terhadap pasangan suami isteri dan sebuah bank di sini kerana didakwa menunaikan cek atas nama firma guamannya tanpa kebenaran. Plaintif pertama, Ahmad Rasydan Abdul Rahman dan Fatimah Nuraidah Abd Rahman menamakan sepasang suami isteri, kedua-duanya kakitangan kerajaan sebagai defendan pertama dan kedua manakala sebuah bank sebagai defendan ketiga.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Mohd Nasir & Mohd Haizal di hadapan Timbalan Pendaftar, Nariman Badaruddin kira-kira jam 11.50 pagi di Mahkamah Tinggi di sini, semalam. Peguamnya, Mohd Nasir Abdullah berkata, saman berkenaan dilakukan disebabkan cek bernilai RM12,000 yang dinamakan di atas Rasydan & Co didakwa ditunaikan ke dalam akaun defendan kedua tanpa kebenarannya.
Menurutnya, defendan pertama yang bekerja di sebuah hospital membuat pinjaman dengan Perbendaharaan Malaysia untuk pembiayaan pembelian dalam perjanjian Jual Beli Tiga Pihak dan kedua-dua defendan melalui firma Rasydan & Co menyediakan dokumen berkaitan selepas pinjaman diluluskan.
Mohd Nasir berkata, pada 7 Februari lalu plaintif menerima arahan daripada kontraktor binaan supaya membuat tuntutan baki pinjaman dari Perbendaharaan.
"Susulan itu, plaintif-plaintif menghantar surat kepada Perbendaharaan tersebut dan pada 20 Februari lalu, plaintif menghubunginya serta dimaklumkan cek dihantar ke tempat kerja defendan pertama atas arahan defendan kedua.
"Plaintif terkejut kerana mendapati cek itu sudah ditunaikan pada Ogos 2011 berdasarkan rekod baucar bayaran di Perbendaharaan dan dimasukkan ke akaun suami defendan pertama," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sehubungan itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teruk dan teladan RM1 juta serta ganti rugi atas segala kos yang terpaksa ditanggung akibat daripada salah laku defendan-defendan. Sementara itu, Ahmad Rasydan berkata, selepas perbincangan dilakukan antara pihak terlibat dia membuat keputusan untuk saman memandangkan terpaksa menanggung kerugian dan reputasinya sebagai peguam bela serta peguam cara terjejas.
"Saya beranggapan ini seolah-olah ada konspirasi dalam menunaikan cek berkenaan sedangkan secara jelasnya tertera nama Tetuan Rasydan & Co. "Tindakan ini juga adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan pengajaran kepada pihak bank tersebut di atas perbuatan terbabit," katanya.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan