1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SUNGAI PETANI – Seorang warga emas terlantar apabila mengalami kulit terbakar selepas mengamalkan sejenis minuman berjus yang dikatakan mampu merawat pesakit strok.
Azizah Saidin, 59, berkata, dia mencuba produk berkenaan yang dikatakan berkesan kepada pesakit strok, namun difahamkan bakal mengalami kesan sampingan minima sebelum dirawat sepenuhnya.
Menurutnya, setelah mencuba selama sebulan dan menghabiskan dua botol minuman berjus itu, badannya mula mengeluarkan bintik-bintik merah.
“Difahamkan, bintik seakan demam campak itu adalah kesan sampingan biasa terjadi ketika kali pertama mencuba produk terbabit, selain loya, pening dan demam.
“Malah, ejen produk yang menawarkan minuman jus mengandungi pelbagai gabungan buah-buahan itu meminta saya meneruskan amalan meminum jus berkenaan, walaupun terdapat kesan sampingan,” katanya.
Katanya, selepas bulan kedua dan menghabiskan empat botol jus, kulitnya menjadi kehitaman seolah-olah terbakar dengan luka dan lebam di seluruh badan, kaki dan tangan, termasuk muka sehingga menyebabkan kulit menggelembung dan mula mengeluarkan air bisa.
Suaminya, Che Rus Osman, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan isterinya sukar untuk tidur kerana sering gatal dan memerlukan penjagaan rapi.
Anak mereka, Zulkifly, 24, berkata, setelah menghubungi pihak pengurusan produk, mereka seolah-olah lepas tangan dan hanya bersifat berdiam diri.
“Saya meminta mereka (pihak pengurusan di Kuala Lumpur) turun dan lihat keadaan ibu saya, selain menghantar gambar ibu melalui e-mel kepada syarikat itu namun masih tiada jawapan.
“Disebabkan tidak puas hati, saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan bersedia untuk memberi kerjasama dengan mana-mana pihak sekiranya mahu menjalankan siasatan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya tiada tindakan selanjutnya daripada syarikat itu, dia sanggup membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan yang sewajarnya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan