1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PARIS - Pemimpin parti Sosialis, Francois Hollande memperoleh undi terbanyak dalam pusingan pertama pemilihan presiden negara itu, yang berlangsung semalam dengan fokus utama ke atas isu-isu berkaitan ekonomi.
Anggaran kiraan awal yang dikeluarkan menunjukkan beliau memperoleh lebih 28 peratus undi berbanding penyandang jawatan, Nicolas Sarkozy yang dilaporkan hanya mengumpulkan sekitar 26 peratus undi.
Dengan kedudukan itu, kedua-dua mereka akan melalui pusingan kedua pengundian pada 6 Mei ini.
Ini kali pertama seorang Presiden Perancis yang bertanding semula buat penggal kedua tewas di pusingan pertama.
Pun begitu, menurut penganalisis, keadaan masih boleh berubah dan penyandang jawatan boleh kekal jawatan jika kempen menjelang pusingan kedua memberi kesan ke atas para pengundi.
Calon sayap kanan Marine Le Pen menduduki tempat ketiga dengan 19 peratus undi, mengatasi tujuh calon yang lain.
Anggaran undi diperoleh itu adalah berdasarkaan kiraan awal di pusat-pusat pengundian, yang ditutup pada pukul 8 malam (waktu tempatan).
Ketika bercakap kepada penyokongnya, Hollande berkata, beliau berada di kedudukan terbaik untuk menjadi presiden Perancis dan Sarkozy telah dihukum oleh pengundi.
Agency

Tiada ulasan:
Catat Ulasan