1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SEREMBAN – Taktik dua pemandu lori mengubah suai tangki minyak lori penunda dan kepala treler bagi tujuan membeli diesel bersubsidi tidak menjadi apabila ditahan dalam serbuan, petang kelmarin.
Serbuan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri pada jam 3 petang di sebuah stesen minyak Jalan Seremban – Tampin, di sini.
Ketua operasi, Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim berkata, ia adalah hasil aduan orang ramai dan kegiatan dipercayai dilakukan sejak sebulan lalu.
Menurutnya, dua pemandu lori berusia 30-an ditahan ketika sibuk mengisi tangki minyak masing-masing.
“Mereka yang terkejut ketika ditahan bagaimanapun tidak melarikan diri dan memberikan kerjasama.
“Hasil pemeriksaan mendapati tangki minyak lori penunda dan kepala treler terbabit telah diubah suai kepada tangki khas yang lebih besar bagi membolehkan minyak diesel diisi dalam kuantiti lebih banyak,” katanya.
Hishamuddin berkata, pihaknya percaya dua lelaki terbabit menjalankan kegiatan tersebut lebih daripada sekali pada setiap hari sebelum menyimpan minyak berkenaan di tempat pengumpulan.
Menurutnya, modus operandi ialah menggunakan lori penunda dan kepala treler bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Kita mengesyaki mereka membeli minyak dalam kuantiti banyak bagi tujuan penyimpanan dan untuk dijual dalam pasaran gelap.
“Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan JPJ telah mengeluarkan saman bagi kesalahan mengubahsuai kenderaan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan