1 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
PENYERANG Arsenal, Robin Van Persie dinobatkan sebagai pemain terbaik sepanjang tahun oleh Persatuan Bola Sepak Profesional (PFA) atas pencapaian cemerlangnya musim ini.
Pemain berusia 28 tahun itu dijulang sebagai pemain terbaik dengan mengenepikan pesaing terdekatnya, Wayney Rooney setelah berjaya menjaringkan 34 gol dalam persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta membantu Gunners berada di kedudukan ketiga terbaik liga itu.
“Ia adalah sangat istimewa kerana semua pemain melakukan yang terbaik untuk menang anugerah ini.
“Jadi ini satu penghormatan besar kepada saya setelah mereka fikir saya layak untuk digelar pemain terbaik tahun ini," kata Persie.
Tambahnya, tanpa sokongan daripada semua pihak terutama rakan sepasukan, dia mungkin tidak akan dapat mencapai pencapaian terbaik setakat ini.
“Tanpa mereka saya mungkin tidak akan berjaya, sebagai contoh Theo Walcott yang telah banyak membantu saya dan saya betul-betul menghargainya," katanya lagi.
Sementara itu, Kyle Walker yang tampil konsisten sebagai pemain pertahanan Tottenham pula dinobatkan sebagai pemain muda terbaik dengan menewaskan pemain lain iaitu Gareth Bale, Daniel Sturridge, Alex Oxlade-Chamberlain, dan juga Danny Welbeck.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan