14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
IPOH – Impian pesakit kanser, Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, bakal menjadi nyata apabila angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor akan menemuinya di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, jam 10 pagi, hari ini.
Pertemuan yang disusun Persatuan Impian Kanak-Kanak Malaysia (PIKM) itu turut disertai Timbalan Menteri di Jabatan Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof yang bersimpati keadaan adik Wan Arif Ferdaus.
Naib Presiden PIKM, Teoh Teik Hoong berkata, pelbagai acara disusun Wan Arif Ferdaus bersama Syeikh Muszaphar dan Fadillah termasuk membuat lawatan di Planetarium Negara berikutan cita-citanya ingin menjadi angkasawan.
“Ibunya menghubungi pihak kami bagi menunaikan impian Wan Arif Ferdaus yang kini menghidap kanser tahap empat di kaki kirinya dan impiannya kini dapat kami ditunaikan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu ibunya, Zetty Ramli, 28, terharu dengan kesudian Syeikh Muszaphar Syukor menunaikan impian anaknya dalam masa singkat.
“Kami turut bersyukur dengan keprihatinan orang ramai yang sudi menyumbangkan wang kos pembedahan abang.
“Kami sekeluarga sangat berterima kasih dengan mereka yang sudi membantu kami,” katanya yang setakat ini berjaya mengumpul lebih RM13,000.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan