14 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
MENYIFATKAN hukuman penggantungan dua setengah tahun yang dikenakan kepada bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa tidak wajar dan Ultras Kelantan mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan bantahan.
Jurucakap Ultras Kelantan yang enggan dikenali berkata, hukuman dikenakan FAM terhadap Annuar tidak sepatutnya berlaku jika ingin melihat perubahan dalam industri bola sepak negara.
“Komen yang dinyatakan beliau adalah membina dan bukannya memburukkan sesebuah pasukan mahupun individu, kami semua terkejut dengan hukuman yang dikenakan ke atas dirinya.
“Ultras Kelantan akan tetap memberi sokongan kepada beliau tanpa berbelah bagi kerana kita menyokong apa yang betul dan begitu juga sebaliknya,” katanya.
Katanya, Ultras Kelantan merancang mengadakan perhimpunan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman berkenaan dalam masa terdekat.
“Kita akan mengadakan perbincangan bersama ahli untuk mendapatkan pandangan dan sokongan sebelum sebarang keputusan diambil.
“Buat masa ini kita masih belum menetapkan bila dan dimana bantahan akan diadakan,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan