11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
KENYATAAN MEDIA
Himpunan duduk dan bantah atau BERSIH 3.0 yang telah diadakan di ibu Negara baru-baru ini telah menyaksikan rakyat telah bersatu tidak mengira kaum agama mahupun lapisan generasi untuk menyatakan hasrat inginkan pilhanraya yang bersih dan adil.
Tanggal 28 April 2012 juga mencatatkan sejarahnya tersendiri dimana lebih 250,000 rakyat berhimun di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan kerajaan BN yang membisu dalam isu pilihanraya yang disifatkan paling kotor dalam sejarah PRU Malaysia.
Bagaimana mungkin Pengerusi dan Timbalan SPR boleh berlaku adil dalam pengendalian pilihanraya jika dalam masa yang sama kedua-dua mereka ahli parti politik bagi salah satu pihak yang bertanding?
Oleh itu suatu langkah perlu diambil bagi mengelak penipuan berlaku iaitu kedua-dua mereka perlu meletakkan jawatan di SPR dengan kadar segera, jangan berdolak dalih dengan memberi alasan terlupa dan sebagainya kerana rakyat telah mengetahui agenda tersembunyi yang selama ini dirahsiakan.
Selain di Kuala Lumpur, rakyat yang cintakan PRU yang adil dan bersih telah berhimpun dengan jumlah yang mencecah ribuan orang, mereka berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.
Rakyat telah menemui jalan terakhir untuk menyarakan bantahan setelah bermacam wadah dan saluran disekat oleh sang pemeritah zalim serta kuku besi .
Malangnya himpunan aman ini telah dicalit najis oleh pasukan yang sepatutnya menjaga keselamatan dan ketenteraman awam , walhal Najib Razak dan Menteri nya sendiri ada kuasa untuk mengawal dari berlakunya sebarang bentuk provokasi yang telah tercetus seperti yang didedahkan media alternatif.
Selagi 8 tuntutan masih belum ditunai kerajaan maka saya bersetuju dan tidak menolak kemungkinan BERSIH 4.0 bakal menyusul secepat mungkin.
Melalui kuasa kedua-dua individu (Najib dan Hishamuddin) Polis tidak akan bertindak ganas dengan pemukul dan “menyantuni” peserta dengan begitu ganas dan tanpa belas kasihan, lebih mendukacitakan pengamal media juga turut dikasari dan ini amat jarang berlaku di Negara Malaysia.
Pengamal media sepatutnya tidak dijadikan sasaran, kali ini kita dapat pastikan bahawa pemimpin Negara telah "hilang akal" bila melihat kebangkitan rakyat sebegitu rupa pada 28 April Sabtu lalu, ini juga petanda Umno BN bakal gulung tikar, nya yang tinggal ibarat nyawa ikan sementara waktu dikuatkan dengan pelbagai penyalgunaan kuasa dan penyebaran fitnah dan pendatang asing yang diberi kad pengenalan untuk mengundi.
Selain itu saya melihat bahawa Unit Amal lebih berperanan dan lebih layak diberikan gelaran sebagai pasukan keselamatan tanpa elaun berbanding Polis walaupun pasukan PDRM dibayar gaji dengan menggunakan dana wang rakyat yang membayar cukai.
Sinario dan sistem sebegini telah menyatakan dengan sendirinya bahawa BN sedang mengamal undang-undang rimba secara berleluasa, situasi ini perlu di ubah pada PRU13 dengan seadilnya dan menghukum Umno BN dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
3 Mei 2012
Drs Khalil Idham Lim
ADUN TITI SERONG
Parit Buntar, Perak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan