11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
MANCHESTER City optimis memburu gelaran juara Liga Perdana Inggeris selepas berjaya membenam musuh seteru mereka, Manchester United 1-0 kelmarin.
Menyifatkan perlawanan kelmarin sebagai halangan psikologi yang berjaya ditempuhi, pemain tengah City, David Silva mengakui kemenangan tersebut memberikan pasukannya keyakinan bagi merebut gelaran juara dalam baki dua perlawanan lagi.
“Kami sudah bersedia untuk memenangi perlawanan akan datang. Tidak perlu fikir tentang United lagi, kami sudah kalahkan mereka dalam dua perlawanan berturut-turut (Stadium Old Trafford dan Etihad),” katanya yang tetap mengakui kehebatan pasukan kendalian Sir Alex Ferguson itu.
Kali terakhir memenangi gelaran juara pada 44 tahun yang lalu, City yang kini berada ditangga teratas liga dilihat perlu memenangi perlawanan menentang Newcastle United (Ahad) dan Queens Park Rangers (13 Mei) bagi merealisasikan impian keemasan mereka.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan