03 Mei 2012

Sultan Kelantan berjalan bersama 30,000 rakyat hari ini

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akan berjalan sejauh tujuh kilometer bersama kira-kira 30,000 rakyat pada program Walk With Me 2012 di sini, hari ini.

Turut akan berjalan bersama baginda ialah Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Sebelum itu, baginda merasmikan Karnival Walk With Me di pekarangan Stadium Sultan Mohammad VI serta berkomunikasi secara langsung menerusi Skype dengan gerai Sinar Harian di Pesta Buku Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Selain jualan buku dengan diskaun istimewa, Karnival Walk With Me dari 3 hingga 5 Mei ini menyediakan pelbagai acara menarik termasuk Ceramah Agama Ustaz Azhar Idrus, Wacana D’Raja, Pertunjukan Drift Kereta, Auto Show dan tatu Angkatan Tentera Malaysia.



ACARA 3 MEI:

- Walkaton D’Raja Kelantan (3 petang)

- Ceramah Perdana Ustaz Azhar Idrus (9 malam)





ACARA 4 MEI:

- Auto Show Competition II (10 pagi)

- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (3 petang)

- Wacana D’Raja Sinar: Bersatu Demi Islam



ACARA 5 MEI:

- Pertandingan Gubahan Hamper: Buah-buhan & Produk Agro Mas (10 pagi)

- Perlawanan Persahabatan Bola Sepak (5 petang)

- Pertunjukan Drift (5 petang)

- Persembahan Kesatria Wira Merah (9 malam)

Sinar Harian

Tiada ulasan: