11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
BUKIT KAYU HITAM - Penggunaan kereta lama berusia lebih 20 tahun antara taktik baru digunakan oleh penyeludup minyak bersubsidi untuk kenderaan, bagi mengelak aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.
Terbaru, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di sini berjaya mengesan modus operandi itu selepas kejayaan menahan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi membawa muatan 700 liter diesel dalam dua tangki yang telah diubahsuai.
Komander UPP Kedah, Abd Latif Abd Rahman berkata, kenderaan yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun itu ditahan berhampiran persimpangan lampu isyarat dekat pintu sempadan di sini pada jam 8.10 pagi kelmarin.
Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati dua tangki dalam bonet belakang dan di tempat duduk penumpang belakang telah diubahsuai untuk mengisi diesel.
“Susulan penahanan itu, kereta dan minyak diesel bernilai RM6,260 dirampas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau berkata, tanggapan penyeludup bahawa kenderaan lama tidak ditahan untuk pemeriksaan UPP adalah salah kerana setiap kenderaan yang melalui kawasan sempadan tidak terlepas untuk diperiksa pihak berkuasa.
Sementara itu, menurutnya hasil pemantauan yang dilakukan sejak Ahad lalu hingga kelmarin, empat kenderaan lain turut ditahan masing-masing sebuah treler, lori dan dua kereta berisi petrol dan diesel subsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dengan keseluruhan nilai RM67,166.
Menurutnya, sebuah treler yang bernombor pendaftaran Thailand ditahan berhampiran pintu sempadan menuju ke negara jiran dengan muatan diesel sebanyak 520 liter pada jam 7.40 malam Isnin lalu.
“Hasil pemeriksaan mendapati satu tangki tambahan terdapat di belakang kepala lori dan pemandu kenderaan itu merupakan seorang lelaki warga Thailand berusia 40 tahun,” katanya.
Abd Latif berkata, bagi kes lain, sebuah lori membawa 3,000 liter diesel diisi dalam sebuah tangki tamba-han yang diletakkan dalam bahagian kenderaan itu pula ditahan di Changlun ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
Menurutnya, seorang pemandu lori berusia 45 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Sementara itu masing-masing dua kereta termasuk sebuah daripadanya yang berpendaftaran Thailand cuba menyeludup 700 liter petrol yang dimuatkan dalam tangki tambahan di bonet kenderaan.
“Kenderaan Thailand itu ditahan pada jam 10.20 pagi kelmarin di tempat pemeriksaan UPP berhampiran pintu sempadan dan pemandu be-rusia 37 tahun ditahan.
“Manakala sebuah lagi kereta ditahan di persimpangan lampu isyarat berdekatan kawasan perindustrian di sini pada jam 10 pagi Ahad lalu,” katanya.
Sinar Harian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan